<.:.KeInDaHaN YanG SeMeNtArA.:.>

nikmatilah hidup ini agar kita lebih bersyukur...

Thursday, April 17, 2008

ShAfiNi LaGi..


Dengan abang Faizul ya (sepupu)..Nak peluk-peluk sekarang, nanti dah besar tak boleh tau...

Labels: ,

Monday, March 17, 2008

KeDAi BuNgA

Awal tahun 2008, sekali lagi aku dan ekin telah mula cuba membina satu lagi impian iaitu berniaga. Kedai bunga dan aksesori perkahwinan menjadi pilihan kami.


Alamat kedai: Lot 2119, Jalan Hj Abdul Rahman Off Jalan Meru, 41050 Klang, Selangor.

Kepada sesiapa yang ingin mencari bunga-bunga tiruan, aksesori perkahwinan, bunga telur, reben dan sewaan arch, dulang hantaran bolehlah menghubungi saya atau emailkan ke santai_dehs@yahoo.com .

Labels:

Saturday, March 15, 2008

AmAnAh UnTuK Ku

2007, tahun yang memberi ujian kepada aku. Ujian berumahtangga. Cabaran menjadi suami dan ketua rumahtangga. Cabaran awal yang menguji kakuatan diri dan menjadikan kita lebih matang. Aku cuba menjadi yang terbaik. Sentiasa melihat sesuatu dari sudut yang positif. Namun, kadang-kadang kita hilang pertimbangan. Paling penting, sentiasa mengingati Allah dan sentiasa berdoa bagi dipermudahkan perjalanan hidup ini.

Februari 2007, kegembiraan aku untuk menjadi seorang ayah telah berubah menjadi kedukaan apabila tiba-tiba isteriku telah keguguran. Aku tabahkan hati dan menganggap itu adalah ujian tuhan yang sayangkan umatnya dan tanda ingatNya pada hambaNya.

Jun 2007, aku memanjatkan syukur kepada Allah kerana impian bergelar ayah akan tercapai apabila isteriku disahkan mengandung lagi.

Dan hari yang ditunggu-tunggu tiba akhirnya. Aku menjadi Baba dan isteriku menjadi Umi untuk anak ku yang telah lahir tepat jam 10.28malam, 1 Februari 2008 di hospital Putrajaya. Baby perempuan yang beratnya 3.4kg, panjangnya 48cm lahir secara normal disaksikan oleh aku sendiri bersama nurse dan doktor yang sentiasa memberikan semangat ke atas isteriku supaya dapat melahirkannya dengan mudah. Saat anak ku ditunjukkan kepada aku sejurus lepas lahir, dan tangisannya yang memenuhi bilik bersalin, melegakan aku dan aku amat terharu dan seperti tidak percaya bahawa aku telah bergelar ayah. Alhamdulillah dan terima kasih kepada semua nurse dan doktor yang telah bertungkus lumus berusaha sehingga isteriku bersalin dalam keadaan selamat.
Selamat datang ke dunia yang penuh cabaran ini anakku, Nur Hani Syafini..

Labels:

Friday, February 29, 2008

KeNaNgAn TeRiNdAh

Alhamdulillah, masih lagi mampu menikmati dunia ciptaan Allah yang sementara ini. Sepanjang tak update blog ni, macam-macam dah berlaku, walaupun banyak peristiwa pahit dan manis namun semuanya menjadi kenangan terindah yang lebih mematangkan diri dalam mengharungi cabaran dunia yang tiada mustahilnya ini. Seperti kata banyak pakar motivasi, " tindakan kita adalah dari apa yang kita fikirkan". Bersandarkan kata-kata itu, aku yakin setiap apa yang kita impikan pasti akan tercapai dengan usaha dan doa yang tidak mengenal putus asa. Sepanjang tahun 2006 dan 2007 yang lepas beberapa impian aku tercapai.

Antara impian yang tercapai:

1. Impian perkahwinan yang tercapai-10/11/2006








2. Rumah impian "Teratak Qaseh"-11/11/2006



Akhirnya, rumah yang dirancang seiring dengan tempoh pertunangan dapat disiapkan sama pada tarikh perkahwinan. Lepas kahwin terus duduk rumah baru. Alhamdulillah, syukur ke atas nikmat Allah yang memberi kekuatan dan permudahkan segala tindakan yang telah dirancangkan.

Labels:

Thursday, September 07, 2006

Family Day 2006

Hari Keluarga Waja kali ini Cameron Highlands menjadi destinasi pilihan. Seronok dapat menikmati pemandangan dan keindahan alam ciptaan Tuhan.31 Ogos sampai 2 September, macam-macam aktiviti dijalankan.
Antara gambar yang dapat ditangkap:-

Best gak duk atas tu, makan strawbery cecah coklat, sejuk, dapat tengok bunga mekar yang berwarna-warni.Romantik je rasanya.(jiwanglah pulak) Rasa macam nak pegi lagi je...

Wednesday, May 31, 2006

MeNaRa KL & AqUaRiA

Pada 18 May lepas berpeluang join manager-manager ikut pakej meeting diorang. Schedule diorang 17 hb meeting, 18 lunch kat restoran berputar Menara KL pastu gi melawat ikan laut kat aquaria KLCC. Itupan lepas ada beberapa manager yang tak dapat pegi. Kira nak cukupkan korumlah.

Pemandagan dari restoran berputar KL Tower.


Teruja juga dapat makan kat restoran tu, sebab pertama kali. Tempat makan tu berputar mengambil masa lebih kurang 1/2 jam untuk lengkapkan 1 pusingan. Sambil lunch tu buat sambutan birthday Tn Hj sekali. Sedih gak dengar amanat Tn Hj. pd manager2 yang nak menerajui company lepas ni. Maklumlah sepatutnya Tn Hj dah bersara tp tak boleh lg sebab tak de pengganti lagi.

Lepas makan gi jalan-jalan pulak kat aquaria. Tempat yang aku tak pernah sampai lagi. Seronok juga tengok ikan-ikan besar, jerung, pari n macam2 lagi.Gambar -gambar yang dapat diambil guna handphone nokia second hand aku.





Thursday, May 25, 2006

KemBaLi ..

Alhamdulillah.. pagi-pagi dah murah rezeki. Yatt dengan popianya dan CT ngan keknya. "Sedaplah popia kau Yatt!!. Boleh niaga nie." sebab 3 - 4 ketul juga aku dan telan. Nak ambik lagi dah habis pulak. Kejap je dah habis. Laku betul..Sebabnya popia bukan kegemaran aku.Bila dapat makan yang sedap nie, minat pulak jadinya. Kek CT tak perlu cakap lagilah memang dah terbukti...Semoga bisnes kek n 'popia' korang bertambah maju.


Uiihhh...dah lama rupanya tak update blog nie. Sejak Oktober 2005 lepas sampai sekarang dah Mei 2006, dah lebih kurang 6/7 bulan gak. Sebenarnya dah macam-macam terjadi. Terutamanya melibatkan kehidupan aku sebagai seorang lelaki. 12 Nov 2005 adalah tarikh yang perlu aku ingat sebab itu adalah tarikh pertunangan aku. Target hujung tahun 2006 nak kahwin. Macam-macam perasaan ada, gembira ada takut pun ada. Banyak persediaan yang perlu dibuat untuk menghadapi alam rumahtangga. Fizikal dan mental.Luar dan dalam...Dugaan pun datang macam-macam..Tapi tengok orang lain boleh kahwin kita pun mesti boleh punya..


Bulan Jan 2006 pulak kereta kesayangan aku, aku jual..Sekarang naik motor je..jimat cermat nak kumpul duit nak kahwin..Sambil-sambil tu part time buat account. Kalau ada sesape yang nak khidmat buat akaun syarikat ke bolehlah contact aku...

Pastu joint uptrend jap. itupun sebab ada member ajak. Bersungguh-sungguh member tu ajak, tp mungkin rezeki dia takde, duit dia yang dia dulukan untuk aku masuk kena songlap..kesian member aku tu. aku nak tolong aku pun tengah sesak.Jadi aku tak jadi joint. Tapi kalau ada rezeki aku akan tolong member tu..InsyaAllah..

Mengenangkan dugaan yang datang kadang-kadang menjadikan diri ini tension, tak pasal-pasal orang lain jadi mangsa.. Maaflah kalau ada sape-sape terkena tempiasnya. Cepat panas jugak aku ni rupanya.Ya Allah! berilah ketabahan dan kesabaran dalam mengharungi dugaan hidup kepada hambamu yang lemah ini......Aminnnnn